Bab 4

Nombor Perpuluhan dan Pecahan

Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.

Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, … dan seterusnya.

Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.

 
1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1

Disebabkan 1/10 = 0.1

Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8

Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar (interchangeable).

Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor perpuluhan.

Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan.

Disebabkan 1/10 = 0.1,

dan 1/100 = 0.01,

dan 1/1000 = 0.001,

Oleh sebab itu 81/100 = 0.81

Bagaimana nombor perpuluhan ditulis dan dibaca?

  • 4/10 = 0.4 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan empat (zero point four)]
  • 3/100 = 0.03 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan kosong tiga (zero poit zero three)]
  • 1987/1000 = 1.987 [dibaca sebagai: satu perpuluhan sembilan lapan tujuh (one point nine eight seven)]

Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan:

  • Bahagikan pengangka (numerator) oleh penyebutnya (denominator).

Contoh 1:
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.

  • 1/8
    Jwb:
    1/8 = 1 ÷ 8

    Oleh itu, 1/8 = 0.125

 

  • 15/8
    Jwb:
    15/8 = 15 ÷ 8

    Oleh itu, 15/8 = 1.875

Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:

  1. Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
  2. Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan penyebutnya adalah gandaan 10.
  3. Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah (serendah mungkin).

Contoh 2:
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.

  • 0.07
    Jwb:
    0.07 = 7/100
    0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
    7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar/zero)

 

  • 0.095
    Jwb:
    0.095 = 95/1000
    0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
    95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)

 

  • 1.568
    Jwb:
    1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000

 

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s